Sabtu, 6 Ogos 2011

Kahwin Muda?

Gambar Sekadar Hiasan

Assalamualaikum.
Wah! Dengar tajuk memang best. Hehehe. Respect dengan pasangan yang kawin muda ni. Bukan senang tau. Kalau aku mampu, aku pun mau(gatal!) hahaha. Ok, kenapa aku tiba-tiba tulis entri pasal kawin ni? Mabuk ka? Sebenarnya tengah blogwalking tadi, aku terjumpa satu blog yang menambat hati ku. Kisah perjalanan hidup yang begitu manis. Aku baca pun tersenyum-senyum. Hehe. 

Tahniah untuk pasangan ni, aku doakan semoga mereka bahgia keakhir hayat dan InsyaAllah hingga ke Syurga. Cemburu tengok diorang. Hehe. Daripada apa yang aku baca, diorang ni dah kenal lebih kurang 6 tahun. Memang tepatlah langkah yang diorang pilih ni. Daripada berhampiran dengan dosa, lebih baik kita mendirikan masjid kan. Salute lah dengan diorang, langkah yang begitu berani. Lagipun Rasulullah  memang dah suruh kita kawin awal kalau kita mampu, kalau tak mampu jangan cari pasal nanti lain jadinya. Bagus-bagus anak orang tu jadi orang nanti tak da rupa orang sudah. Berbalik pada cerita kita tadi, kawin muda. Apa yang beliau ceritakan pasal perjalan mereka untuk sampai ke alam perkahwinan ni sangatlah menarik. Start dari beliau bertanya dengan keluarga beliau, kursus kahwin, HIV test, interview, dan banyak lagi lah terus terang aku cakap dari lubuk hatiku yang kesepian(promosi) memang menarik. Boleh buat filem aku rasa. Hahaha. Nak cerita panjang pun tak guna. Apa kata korang baca sendiri. Kepada Pasangan yang terlibat saya minta maaf kalau ada yang tersilap. Tujuan saya cuma nak memperlihatkan anak-anak muda diluar sana(terasa plak aku. hahaha) tentang apa yang anda alami dan kebaikan berkahwin muda ni. Semoga berkekalan selamanya. Peace no war! :)

p/s: sumber Cahaya Hati :) ... huhu.. jan marah ar... :) ..Untuk kebaikan bersama.
Selengkapnya...

Puasakah Anda?


Salam Ramdhan

Wah, masuk ni dah 6 hari puasa. Tidak sedar akan minda ku. huhu! Alhamdulillah, setakat ni berjalan dengan lancar. Walaupun tanpa keluarga di sisi, Ramadhan tetap Ramadahn. Puasa tetap puasa. hehe!

Sapa sini pernah curi-curi makan time puasa dulu. Alaa time kecik-kecik dulu, mak tengah lipat kain di ruang tamu korang plak pegi dapur lipat-lipat roti canai semalam(aik, macam biasa ja aku ni. haha!). Mesti punya ni, paling kuranglah curi-curi minumkan, an an an. Ngaku ja la. haha!

Puasa ke-6 ni membuatkan aku teringat kisahku yang telah lama berlalu. Lama la juga dalam 10 tahun yang lalu kalau tak silap. Benda ni terjadi masa aku berpuasa kat rumah makcik aku. Bermulanya sebuah cerita, hari tu hari pertama puasa. Jadi biasalahkan kalau "termakan" ni. haha! Lepas sahur ni aku ngan kawan aku, iaitu anak buah makcik aku sebelah suami dia sambung la tidurkan. Biasa la, kira masih bawah umur lagi. Tapi kami bangun awal pagi, macam nak pegi sekolah. haha! Bila dah bersiap kitorang pun naik la kat tingkat atas uma makcik aku ni, sebab ada aircond sejuk sikit kan. Sambil-sambil nonton nampak ada dodol kat atas meja. Eh, macam sedap! Tanpa berfikir panjang, aku dengan member aku tu pun makanlah dodol tu. Barang sedap takkan nak tolak. Hahaha! Makan punya makan, dah nak habis satu pinggan tu tiba-tiba sesuatu yang tidak kami jangkakan telah berlaku! jeng jeng jeng. SELAMAT BERPUASA DARI KAMI(PETRONAS), iklan kat tv3(media penipu, huhu). Aku memandang wajah member aku, dan dia juga tepat menoleh tepat kelubang hidungku. Masa seolah-olah terhenti seketika. Bunyi unggas-unggas dari kebun belakang rumah kedengaran, semut berjalan membawa bekalan sayup kedengaran. Dan perut kami dah kenyang. Dodol yang masih ditangan dibuang, yang di mulut diludahkan, menghilangkan bukti yang kelihatan, tetapi jantung berdegup kencang. Hahahahahahaha. Nak bersembunyi konon! Nasib baik ada iklan kat tv tu, kalau tak confirm punya habis satu pinggan. hahaha! Apa yang kami buat? Sambung nonton, senyum-senyum sendiri dan buat-buat tak tahu. Hahahaha. Banyak lagi cerita curi-curi makan ngan "termakan" ni sebenarnya. Tapi dah lupa-lupa ingat. Oklah! selamat berpuasa. Salam.
Selengkapnya...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Merah ke Biru

Wah! Tajuk banyak best oww. Itu untung banyak maa. Haha. Sebenarnya bukan nak cerita untung apanya. Aku nak cerita pasal "keluarga baru" rakyat Malaysia. Ya, keluarga baru. Itulah masalah dan kemajuan yang kita lalui sekarang(majulah sangat). Apa kejadahnya orang asing(penduduk tetap_PR) dibagi kewarganegaraan? Warganegara yang dah sedia ada pun tak boleh nak tanggung semua. Bagi aku la kan, mesti banyak masalah yang akan timbul nanti.

Pertama, pasti akan timbul masalah tempat tinggal. Mesti "keluarga baru" ni mahukan tempat tinggal yang selesakan. "selesaa ko kata!'(dialog ajib KL Gangster). Macam mana kalau diorang bersaing dengan warganegara yang dah lama untuk beli rumah-rumah kos rendah? Macam mana kalau diorang bersaing untuk beli tapak-tapak rumah? Tanah-tanah kebun? Macam mana dengan nasib warganegara yang lama? Sesetengah warganegara yang lama ni bukan semuanya berduit, masih ada yang merempat. Boleh dikatakan "keluarga baru" ni lebih kaya dari kita yang dah lama tinggal di tanah bertuah ni.

Kedua, masalah pekerjaan. Bayangkan bila "keluarga baru" ni dapat warganegara, takkan diorang masih nak kerja buruh, jadi guard, jadi cleaner lagikan? Mesti diorang nak up sikit kerja diorangkan, berapa banyak 'kan' laaa. Mana tau boleh dapat duduk kat opis! Tak mustahil, diorang dah warganegara, diorang ada hak! Untuk pengetahuan ramai, tak semua "keluarga baru" tu orang yang tak berpelajaran. Boleh dikatakan ramai yang mempunyai pelajaran yang baik dari negara asal. Kat tempat aku ramai pendatang asing, dan ramai juga yang bekerja dengan keluarga aku sebab tu aku tau. Satu lagi, diorang ni rajin simpan duit. Kat tempat aku, ramai yang simpan duit kat mak aku, sebab diorang malas nak urus-urus bank ni. Ada yang dah mencecah RM20k ok! Hebatkan!

Untuk pengetahuan semua jugak setiap seorang "keluarga baru" tu nak dapatkan kewarganegaraan dikenakan caj sebanyak RM35. Setakat ni dah lebih 4000 orang dah mendaftar. What the, RM140k buta-buta kerajaan dapat. Bukankah untung namanya tu? Tapi sapa yang dapat duit tu dan kemana duit tu pergi?

Politik semata-mata. Betulkah? Terus terang aku cakap, kat tempat aku sendiri pendatang asing yang baru setahun jagung kat Malaysia ni pun dah dapat tawaran dari U*** untuk mendapatkan kewarganegaraan secara free! Sebab? Makcik Indon tu sendiri cerita kat aku, diorang cuma perlu berikan gambar ukuran pasport sahaja. Tapi dengan syarat PRU13 nanti diorang mesti pangkah B* atau lebih tepat  U***. Hebatkan! Begitu sekali diorang berpolitik sampai sanggup jual negara sendiri. Puiiiiiiiiiiiiiiiiii! satu kali untuk kau wahai wakil rakyat!. 

Tak heranlah kalau kat tv nanti keluar beita pasal keluarga-keluarga baru ni buat hal, ataupun warganegara lama negara kita merungut dengan masalah-masalah yang diorang hadapi disebabkan kehadiran "keluarga baru". Syarat untuk PR(penduduk tetap) ni dapatkan kewarganegaraan mestilah sudah bermastautin di Malaysia selama 12 tahun, Pakcik Angkat ko! 12 Tahun. Baru-baru ni aku ada baca artikel dari Harakah yang mengeluarkan statement tentang pertukaran IC merah(penduduk tetap) kepada IC biru(mykad) dalam masa kurang dari 24 jam. Hebat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia ni, begitu cekap dan pantas menjalankan kerja mereka. Jangan nak ikut sangatlah cakap U*** tu. Takkan kemana korang. 


Itulakan, dekat-dekat dengan PRU13 ni macam-macam hal yang terjadi. Tapi ada baiknya juga, jalan-jalan raya kat tempat aku semua dibaik pulih. Projek penyaluran air paip di kawasan tempat aku bergerak semula setelah lama terbengkalai. Nak pancing undi la tu. haha! Dah banyak aku cakap ni. hehe! Apa-apa pun sama-samalah kita mengikuti perkembangan negara kita ni. Siapa lagi kan kalau bukan kita, tak kan "keluarga baru" tu kot? haha! Korang tengok sendirilah betapa bersemangatnya "keluarga baru" korang nak jadi warganegara. Salam. Cau cendol!
Selengkapnya...

Khamis, 4 Ogos 2011

Berbatov Keluar Dari Manchester United?



LONDON - Penderitaan Dimitar Berbatov di Old Trafford bakal berakhir apabila pengurus Manchester United, Alex Ferguson sedia melepaskannya ke kelab Paris Saint-Germain (PSG).
Kelab Perancis itu dilapor mula menaruh minat terhadap Berbatov sejak musim panas lalu dan telah membuat tawaran dengan United minggu lalu.
"Ya, itu mungkin," jelas Ferguson ketika diajukan soalan berhubung perpindahan Berbatov ke Perancis.
Sekiranya perpindahan itu berlaku, The Red Devils dijangka menerima bayaran £20 juta (RM96 juta).
Jumlah tersebut kurang £10 juta (RM48 juta) ketika United membayar kepada Tottenham Hotspur bagi mengikat Berbatov pada 2008.
Selepas mengharungi dua musim pertama yang sukar di Old Trafford, Berbatov tampil sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana England musim lalu bersama penyerang Manchester City, Carlos Tevez dengan 20 gol.
Namun kehadiran bintang muda Mexico, Javier Hernandez sedikit sebanyak telah membayangi kelibat Berbatov.
Situasi itu menyebabkan Berbatov tidak beraksi dalam beberapa perlawanan penting termasuk aksi final Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Stadium Wembley pada Mei lalu.
Perpindahannya juga memberi petanda United bakal mengakhiri penantian untuk mengikat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder. - Kosmo!

p/s::Betulkah Berbatov nak keluar ni? Tapi kira ok la jugakkan, MANU dah terlalu ramai penyerang. Apa-apa pun tahniah dan semoga berjaya untuk Berbatov, jasamu di MANU tetap di kenang.

Selengkapnya...

Rabu, 3 Ogos 2011

Ayah


Ayah
Tersimpan sebuah peristiwa tentang kita
Lelah dan tawa jelas terukir di wajahmu
Dulu ada kau disampingku
Dekat, hangat, dan nyaman menjagaku
Aku rindu saat itu

Ayah
Sedikt marah mu, umpama langit menyambarku
Tapi aku tahu, itu memang salah ku
Tatkala senyuman kau berikan
Airmata kering hatiku tenang

Ayah
Anak kecil yang kau didik ini
Begitu sayu dengan pemergianmu
Andai bisaku tulis kesedihan itu
Titik noktahlah yang terukir di hujung mata penaku
Seolah-olah hidup ini berakhir di situ

Ayah
Dulu aku malu mahu melafazkan
Yang aku menyayangi mu
Aku malu mahu menyatakan
Yang aku merindui mu
Saat ini, semua itu sudah terlambat
Hanya doa yang mampu ku berikan
Selengkapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...