Tentang Aku

Dilahirkan di Felda Anjung Teduh, Lahad Datu Sabah. Pada 21 Julai 1992 telah lahir seorang insan yang bernama Salman Bin Habba. Aku memulakan pembelajaran di Taman Asuhan Kanak-kanak Islam(TASKI) Nur Hidayah Felda Anjung Teduh, Lahad Datu Sabah. Mendapat didikan rendah di Sekolah Kebangsaan Anjung Teduh yang dulu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sahabat 02. Aku ni bukanlah budak pandai sangat, UPSR aku dapat 2A 3B ja. Bolehlah, Cukup makan. Pastu aku sambung belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku Lahad Datu Sabah. Oleh kerana PMR aku tak berapa bagus, dengan berbekalkan 2A 5B dan 1D(Bahasa Arab) aku sambung kat sekolah tu jugak. SPM aku dapat masih lagi 2A dan 5B 1C 1D. Hahaha. Syukur Alhamdulillah. Tuhan masih beri yang terbaik Untuk aku. Dengan bertapaukan keputusan yang tak seberapa, dengan bangganya aku ingin menaip. Aku telah diterima dan menyambung pelajaran diperingkat pengajian tinggi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM). Muahaha. Best! Banyak benda baru aku belajar di sini, pelbagai jenis orang yang aku jumpa. Oklah! cukup sampai sini, kalau nak tau lebih selalu-selau la kontak aku melalu blog ni atau facebook aku. Jangan lupa follow arrr! Bye. Salam. Selengkapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...