Jumaat, 5 Ogos 2011

Merah ke Biru

Wah! Tajuk banyak best oww. Itu untung banyak maa. Haha. Sebenarnya bukan nak cerita untung apanya. Aku nak cerita pasal "keluarga baru" rakyat Malaysia. Ya, keluarga baru. Itulah masalah dan kemajuan yang kita lalui sekarang(majulah sangat). Apa kejadahnya orang asing(penduduk tetap_PR) dibagi kewarganegaraan? Warganegara yang dah sedia ada pun tak boleh nak tanggung semua. Bagi aku la kan, mesti banyak masalah yang akan timbul nanti.

Pertama, pasti akan timbul masalah tempat tinggal. Mesti "keluarga baru" ni mahukan tempat tinggal yang selesakan. "selesaa ko kata!'(dialog ajib KL Gangster). Macam mana kalau diorang bersaing dengan warganegara yang dah lama untuk beli rumah-rumah kos rendah? Macam mana kalau diorang bersaing untuk beli tapak-tapak rumah? Tanah-tanah kebun? Macam mana dengan nasib warganegara yang lama? Sesetengah warganegara yang lama ni bukan semuanya berduit, masih ada yang merempat. Boleh dikatakan "keluarga baru" ni lebih kaya dari kita yang dah lama tinggal di tanah bertuah ni.

Kedua, masalah pekerjaan. Bayangkan bila "keluarga baru" ni dapat warganegara, takkan diorang masih nak kerja buruh, jadi guard, jadi cleaner lagikan? Mesti diorang nak up sikit kerja diorangkan, berapa banyak 'kan' laaa. Mana tau boleh dapat duduk kat opis! Tak mustahil, diorang dah warganegara, diorang ada hak! Untuk pengetahuan ramai, tak semua "keluarga baru" tu orang yang tak berpelajaran. Boleh dikatakan ramai yang mempunyai pelajaran yang baik dari negara asal. Kat tempat aku ramai pendatang asing, dan ramai juga yang bekerja dengan keluarga aku sebab tu aku tau. Satu lagi, diorang ni rajin simpan duit. Kat tempat aku, ramai yang simpan duit kat mak aku, sebab diorang malas nak urus-urus bank ni. Ada yang dah mencecah RM20k ok! Hebatkan!

Untuk pengetahuan semua jugak setiap seorang "keluarga baru" tu nak dapatkan kewarganegaraan dikenakan caj sebanyak RM35. Setakat ni dah lebih 4000 orang dah mendaftar. What the, RM140k buta-buta kerajaan dapat. Bukankah untung namanya tu? Tapi sapa yang dapat duit tu dan kemana duit tu pergi?

Politik semata-mata. Betulkah? Terus terang aku cakap, kat tempat aku sendiri pendatang asing yang baru setahun jagung kat Malaysia ni pun dah dapat tawaran dari U*** untuk mendapatkan kewarganegaraan secara free! Sebab? Makcik Indon tu sendiri cerita kat aku, diorang cuma perlu berikan gambar ukuran pasport sahaja. Tapi dengan syarat PRU13 nanti diorang mesti pangkah B* atau lebih tepat  U***. Hebatkan! Begitu sekali diorang berpolitik sampai sanggup jual negara sendiri. Puiiiiiiiiiiiiiiiiii! satu kali untuk kau wahai wakil rakyat!. 

Tak heranlah kalau kat tv nanti keluar beita pasal keluarga-keluarga baru ni buat hal, ataupun warganegara lama negara kita merungut dengan masalah-masalah yang diorang hadapi disebabkan kehadiran "keluarga baru". Syarat untuk PR(penduduk tetap) ni dapatkan kewarganegaraan mestilah sudah bermastautin di Malaysia selama 12 tahun, Pakcik Angkat ko! 12 Tahun. Baru-baru ni aku ada baca artikel dari Harakah yang mengeluarkan statement tentang pertukaran IC merah(penduduk tetap) kepada IC biru(mykad) dalam masa kurang dari 24 jam. Hebat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia ni, begitu cekap dan pantas menjalankan kerja mereka. Jangan nak ikut sangatlah cakap U*** tu. Takkan kemana korang. 


Itulakan, dekat-dekat dengan PRU13 ni macam-macam hal yang terjadi. Tapi ada baiknya juga, jalan-jalan raya kat tempat aku semua dibaik pulih. Projek penyaluran air paip di kawasan tempat aku bergerak semula setelah lama terbengkalai. Nak pancing undi la tu. haha! Dah banyak aku cakap ni. hehe! Apa-apa pun sama-samalah kita mengikuti perkembangan negara kita ni. Siapa lagi kan kalau bukan kita, tak kan "keluarga baru" tu kot? haha! Korang tengok sendirilah betapa bersemangatnya "keluarga baru" korang nak jadi warganegara. Salam. Cau cendol!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...