Sabtu, 6 Ogos 2011

Puasakah Anda?


Salam Ramdhan

Wah, masuk ni dah 6 hari puasa. Tidak sedar akan minda ku. huhu! Alhamdulillah, setakat ni berjalan dengan lancar. Walaupun tanpa keluarga di sisi, Ramadhan tetap Ramadahn. Puasa tetap puasa. hehe!

Sapa sini pernah curi-curi makan time puasa dulu. Alaa time kecik-kecik dulu, mak tengah lipat kain di ruang tamu korang plak pegi dapur lipat-lipat roti canai semalam(aik, macam biasa ja aku ni. haha!). Mesti punya ni, paling kuranglah curi-curi minumkan, an an an. Ngaku ja la. haha!

Puasa ke-6 ni membuatkan aku teringat kisahku yang telah lama berlalu. Lama la juga dalam 10 tahun yang lalu kalau tak silap. Benda ni terjadi masa aku berpuasa kat rumah makcik aku. Bermulanya sebuah cerita, hari tu hari pertama puasa. Jadi biasalahkan kalau "termakan" ni. haha! Lepas sahur ni aku ngan kawan aku, iaitu anak buah makcik aku sebelah suami dia sambung la tidurkan. Biasa la, kira masih bawah umur lagi. Tapi kami bangun awal pagi, macam nak pegi sekolah. haha! Bila dah bersiap kitorang pun naik la kat tingkat atas uma makcik aku ni, sebab ada aircond sejuk sikit kan. Sambil-sambil nonton nampak ada dodol kat atas meja. Eh, macam sedap! Tanpa berfikir panjang, aku dengan member aku tu pun makanlah dodol tu. Barang sedap takkan nak tolak. Hahaha! Makan punya makan, dah nak habis satu pinggan tu tiba-tiba sesuatu yang tidak kami jangkakan telah berlaku! jeng jeng jeng. SELAMAT BERPUASA DARI KAMI(PETRONAS), iklan kat tv3(media penipu, huhu). Aku memandang wajah member aku, dan dia juga tepat menoleh tepat kelubang hidungku. Masa seolah-olah terhenti seketika. Bunyi unggas-unggas dari kebun belakang rumah kedengaran, semut berjalan membawa bekalan sayup kedengaran. Dan perut kami dah kenyang. Dodol yang masih ditangan dibuang, yang di mulut diludahkan, menghilangkan bukti yang kelihatan, tetapi jantung berdegup kencang. Hahahahahahaha. Nak bersembunyi konon! Nasib baik ada iklan kat tv tu, kalau tak confirm punya habis satu pinggan. hahaha! Apa yang kami buat? Sambung nonton, senyum-senyum sendiri dan buat-buat tak tahu. Hahahaha. Banyak lagi cerita curi-curi makan ngan "termakan" ni sebenarnya. Tapi dah lupa-lupa ingat. Oklah! selamat berpuasa. Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...