Selasa, 2 Ogos 2011

Bugis Dan Selangor



Aku pun sebenarnnya tak berapa pasti dengan benda ni, dengar-dengar dari member and buat research ckit kat mr.google. Tapi apa-apa pun aku tetap nak kongsi. Tak salah pun kalau kita berkongsi-kongsi ni kan?

Ok! Mula cerita ni aku dengar dari kawan, sebelum tu aku buat kajian sikit.
Kesultanan awal Selangor bermula dari Kuala Selangor kerana kesan-kesan yang membuktikan pendapat ini masih terdapat di Kuala Selangor hingga sekarang ini. Akhir K.M 17 di Kuala Selangor telah mempunyai Yam Tuan iaitu seorang raja dari negeri Gua Tanah Bugis bernama Arang Pasarai dan anaknyalah yang berkahwin dengan Daeng Perani, salah seorang anak raja Bugis lima bersaudara kemudiannya mendapat puteri Berima. Wah! macam kelas sejarah pun ada. haha!

Sambung balek cerita aku. Daeng Perani di bantu oleh saudara-saudaranya untuk pergi membantu Sultan Kedah kerana pada waktu itu berlaku rebutan kuasa. Dalam pertempuran ini Daeng Perani mangkat kerana terkena tembakan. Seorang lagi dari Raja Bugis itu ialah Daeng Chelak berkahwin dengan Tengku Mandak adinda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah ( 1722-1760) Johor. Apabila Daeng Chelak bertugas ke Riau sebagai Yam Tuan Muda Riau ke 11 dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau.

Pada masa tu, Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau. Daeng Chelak mangkat dalam tahun 1745.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak. Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyat Selangor dengan penuh istiadat. Dari sejak itu antara keduanya menjadi sahabat baik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...